Orang yang takut menghadapi risiko adalah
orang yang mengalah sebelum
mencuba kemampuannya, menyerah sebelum berjuang.
Hadis Anas r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka
dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,
mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah
Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu,
sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam Neraka.