PENGGERAK GENERASI BESTARI

ape yang penting kerjasama.....!

Wednesday, February 4, 2009

PROGRAM SEPANJANG 2008


Sebagai AJK pusat komuniti, kami juga turut membantu untuk mengajar semua yang hadir pada hari itu, ada yang xtau kami tunjukkan dan mengajar mereka menaip...microsoft word,excel....mmm... mcm2 kerenah..hehehehehe, yang penting kami seronok bila mereka semua puas hati dan dapat belajar sesuatu yang baru..usaha ini, insyaAllah akan diteruskan supaya penduduk2 terutamanya di kampung dapat mempelajari ilmu baru dengan mempelajari komputer dan maju kehadapan dengan teknologi maklumat masa kini.


Ini antara aktiviti sepanjang pusat komuniti beroperasi dalam tahun 2008. Aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran berkomputer amat digalakkan kepada semua peringkat umur. Biarpun ia baru permulaan, alhamdullilah...kami berjaya menarik minat pelbagai golongan untuk menyertai program ini.




Program seperti ini, merupakan pengenalan kepada komputer dari segi komponen dan penggunaannya dan ditunjuk ajar oleh tenaga pengajar yang terlatih.Program ini, melibatkan AJK pusat komuniti kg. belukar, guru tabika kemas setiap kampung, ajk surau dan masjid dan penduduk kampung.